11 Mac 2009

Ubi Gadong Di Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu








UBI GADONG

Ubi ini juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Ubi Nasi, Tuba Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi Kipas. Nama saintifiknya ialah Dioscorea spp. Ini termasuklah spesies Dioscorea hispida, Dioscorea piscatorum dan Dioscorea alata yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal dan kimia antara satu sama lain.

Pokok Ubi Gadong ini berdaun seperti daun sirih. Ia adalah jenis menjalar dan batangnya pula mempunyai banyak duri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza. Bagi Dioscorea hispida, ubinya berwarna kuning. Dioscorea piscatorum berwarna kemerahan dan Dioscorea alata, ubinya berwarna kuning kemerahan.

Selain dijadikan sebagai makanan, ubi ini juga mempunyai nilai perubatan. Walaupun kajian saintifik menunjukkan bahawa ubi ini mengandungi sejenis sebatian yang beracun iaitu alkaloid Dioscorine yang larut dalam air. Namun, setelah alkaloid ini disingkirkan, ubi ini tidak lagi beracun malahan berupaya memberi nilai perubatan kepada manusia. Salah satu cara untuk membebaskan ubi ini daripada alkaloid Dioscorine ialah dengan merendamkannya ke dalam air yang mengalir untuk suatu tempoh tertentu (beberapa hari). Air yang mengalir ini akan melarutkan kandungan Dioscorine pada ubi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan